Rabu, 29 Agustus 2007

KANDUNGAN ROKOK

Kandungan Berbahaya Dalam RokokSetiap batang rokok yang dinyalakan akan mengeluarkan lebih 4 000 bahan kimia beracun yang membahayakan dan boleh membawa maut. Dengan ini setiap sedutan itu menyerupai satu sedutan maut. Di antara kandungan asap rokok termasuklah bahan radioaktif (polonium-201) dan bahan-bahan yang digunakan di dalam cat (acetone), pencuci lantai (ammonia), ubat gegat (naphthalene), racun serangga (DDT), racun anai-anai (arsenic), gas beracun (hydrogen cyanide) yang digunakan di "kamar gas maut" bagi pesalah yang menjalani hukuman mati, dan banyak lagi. Bagaimanapun, racun paling penting adalah Tar, Nikotin dan Karbon Monoksida. Tar mengandungi sekurang-kurangnya 43 bahan kimia yang diketahui menjadi penyebab kanser (karsinogen). Bahan seperti benzopyrene iaitu sejenis policyclic aromatic hydrocarbon (PAH) telah lama disahkan sebagai agen yang memulakan proses kejadian kanser. Nikotin, seperti najis dadah heroin, amfetamin dan kokain, bertindak balas di dalam otak dan mempunyai kesan kepada sistem mesolimbik yang menjadi punca utama penagihan. Sindrom ketagihan terhadap nikotin yang ditunjukkan dengan gejala gian, tolerans dan tarikan, adalah mungkin lebih hebat berbanding najis dadah. Malah daripada kajian saintifiknya nikotin itu juga sejenis najis dadah, sepertimana yang telah diiktiraf oleh dunia perubatan. Seseorang yang kehabisan rokok kadangkala berkelakuan seperti mengalami gangguan akal dan dalam keadaan yang amat tertekan sekali. Oleh itu terlalu sukar untuk sesiapa yang telah terjerat dengan ketagihan merokok, meninggalkan tabiat itu untuk selamanya, kecuali dengan ikhtiar yang serius dan kehendak Allah jua. Nikotin turut menjadi punca utama risiko serangan penyakit jantung dan strok. Hampir satu perempat mangsa pesakit jantung adalah hasil punca dari tabiat merokok. Di Malaysia, sakit jantung merupakan menyebab utama kematian sementara strok adalah pembunuh yang keempat. Karbon Monoksida pula adalah gas beracun yang biasanya dikeluarkan oleh ekzos kenderaan. Gas ini menjejaskan bekalkan oksigen ke tisu-tisu hingga ianya menjadi terencat dan akhirnya boleh menyebabkan maut sekiranya paras karbon monoksida di dalam badan melebihi 60%. Apabila racun rokok itu memasuki tubuh manusia ataupun haiwan, ianya akan membawa kerosakkan pada setiap organ disepanjang laluannya, iaitu bermula dari hidung, mulut, tekak, saluran pernafasan, paru-paru, saluran penghazaman, saluran darah, jantung, organ pembiakan, sehinggalah ke saluran kencing dan pundi kencing, iaitu apabila sebahagian dari racun-racun itu dikeluarkan dari badan.Kesan Asap Rokok Kepada Si Perokok Dan Orang DisekelilingSi perokok bukan sahaja perlu bertanggungjawab pada diri sendiri tetapi turut bertanggung jawab pada orang disekeliling akibat daripada bahaya asap rokok. Asap rokok yang dihidu oleh perokok atau mereka yang berada di sekelilingnya, akan memasuki rongga mulut dan hidung melalui kerongkong ke paru-paru. Kandungan asap rokok akan menyebabkan kerosakan tisu di sepanjang perjalanan di ruang ini. Ia boleh menyebabkan pelbagai penyakit di mulut, kerongkong, paru-paru dan barah. Asap akan melalui saluran pernafasan ke dalam paru-paru dan merosakkan saluran bronkus, menyebabkan bronkitis, penyakit di bahagian paru paru. Ia juga akan merosakkan pundi udara dalam paru-paru (alveoli) dan menyebabkan penyakit emfisima. Asap rokok yang dihidu juga akan melalui saluran penghadaman dan pencernaan, yang boleh menyebabkan pelbagai penyakit di bahagian esofagus, perut dan pankreas. Racun dalam asap rokok yang larut air akan memasuki sistem saluran darah dan dibawa ke seluruh badan. Bahan nikotin, bukan saja memberi sifat ketagihan, malah menyebabkan saluran darah arteri menjadi sempit. Ia juga merosakkan dinding arteri dan akan memudaratkan organ berkaitan. Kesan ini, dalam jangka panjang, akan menyebabkan simptom kebas pada kaki, jari, migrain, sakit kepala, pedih ulu hati, kekejangan otot kaki, serangan penyakit jantung dan sebagainya. Racun rokok akhirnya disaring dalam buah pinggang dan dihapuskan dari badan melalui air kencing. Dalam proses ini pula, berlaku satu lagi keracunan hasil penguraian kimia asap rokok yang turut merosakkan buah pinggang. Racun dalam air kencing juga menyebabkan kerosakan pundi kencing. Racun akibat merokok juga mempunyai kesan tindak balas terhadap ubat-ubatan. Secara umum diketahui merokok boleh menjejaskan fungsi beberapa kumpulan enzim di hati dan ada kalanya ia boleh memperhebatkan kesan sampingan sesuatu ubat itu.Kesan Asap Rokok Terhadap Isteri Perokok Adalah :- Melahirkan bayi yang kurang berat badan - Melahirkan bayi yang tidak cukup bulan - Lebih terdedah kepada kanser - Mengurangkan kesuburan dan putus haid awal Kesan Asap Rokok Terhadap Anak Perokok :- Lebih mudah mendapat lelah - Mendapat jangkitan paru-paru - Pertumbuhan paru-paru kanak-kanak terganggu - Mudah menjadi perokok apabila dewasa kelakStatistik Kematian Akibat Tabiat MerokokDi Malaysia, merokok menyumbang kepada lebih 10,000 kematian setahun; 30 peratus daripadanya disebabkan 10 jenis kanser, iaitu paru-paru, mulut, esofagus, tekak, pankreas, pundi kencing, buah pinggang, serviks, kolon dan perut, 50 peratus kematian berpunca daripada sakit jantung dan strok dengan pecahan 25 peratus masing-masing.Menurut Dr Sallehudin, lebih 100,000 perokok dimasukkan ke hospital kerajaan di seluruh negara akibat sakit jantung, kanser dan penyakit sekatan pulmonari kronik (COPD) dan lebih penting, negara mengalami kerugian kira-kira RM20 bilion setahun bagi menanggung kos rawatan dan kehilangan produktiviti.Faedah Berhenti Merokok- Hidup lebih lama - Dapat menghindari racun - Dapat melindungi diri, keluarga dan orang lain daripada bahaya merokok - Menjadi teladan yang baik kepada anak-anak - Dapat meningkatkan kecergasan serta memiliki tubuh yang sihat - Meningkatkan deria rasa dan bau - Gigi lebih putih dan nafas lebih segar- Dapat mengelakkan budaya membazir dengan menggunakan wang untuk membeli rokok kepada tujuan yang lebih baik dan bermanfaat.Gunakan Kaedah Yang Betul Untuk Berhenti Merokok- Tetapkan tarikh untuk berhenti merokok - Yakinkan diri - Buat nota peringatan - Katakan pada diri anda, "Aku bukan perokok" - Tumpukan pada hari ini - Sentiasa berfikiran positif - Dapatkan sokongan - Lawan keinginan untuk merokok - Gunakan Terapi atau rawatan yang sesuai- Amalkan Petua 10 M untuk berhenti merokok
”MAMNU Tadkhin”. Dilarang merokok. Tulisan itu terpampang di setiap tempat strategis di Mekah dan Madinah. Di sepanjang jalan-jalan protokol, di pusat perbelanjaan. Juga di sekitar masjid, baik Masjidil Haram maupun Masjid Nabawi. Bahkan di seberang selatan Masjid Nabawi, berdiri tegak baliho terbuat dari logam. Bertuliskan ayat Alquran, S.al Baqarah : 195, yang artinya, ”Dan jangan kalian membinasakan diri sendiri”. Dilengkapi gambar jantung manusia dililit rokok berasap.

Selain tulisan peringatan ”Mamnu Tadkhin” dan visualisasi bahaya rokok dilengkapi dalil kitab suci, petugas keamanan pun aktif melakukan pengawasan. Ketika larangan merokok tersebut baru diberlakukan sekitar tahun 2000, dan belum efektif karena dianggap masa transisi, para petugas keamanan, baik ”baladiyah” (semacam Satpol PP), maupun ”askar” (tentara), selalu menegur keras orang yang kepergok merokok dengan ucapan ”Haram! Haram!”

Haram! Itulah hukum yang diterapkan pemerintah Kerajaan Saudi Arabia kepada rokok dan merokok. Bukan lagi makruh (larangan tidak keras), sebagaimana pada aturan fiqh yang berlaku secara umum di negara-negara lain. Termasuk Indonesia.

Jadi apabila coba-coba melanggar, hukumannya cukup berat. Kepada para perokok, dan juga orang-orang yang mengedarkan rokok, dikenakan denda. Bahkan tak mustahil hukuman badan berupa kurungan di penjara.

Para ulama Kerajaan Saudi Arabia, sejak dulu memang sudah memasukkan rokok ke dalam kategori haram. Hal itu berdasarkan fatwa Ibnu Taimiyah, seorang ulama reformis abad 13, yang dipertegas oleh Syekh Abdul Wahab, pendiri aliran ”Wahabi” abad 19, yang menjadi anutan pemerintah dan rakyat Saudi Arabia hingga sekarang. Dengan adanya fatwa haram terhadap rokok, berarti orang yang mengerjakan (perokok) berdosa, dan yang meninggalkannya berpahala.

Di kalangan ulama fiqh- terutama yang menganut mazhab (Maliki, Hanafi, Syafi’i, Hambali) soal rokok kadang-kadang masih menjadi masalah. Ada yang menganggap mubah (boleh-boleh saja, jika dikerjakan tidak berpahala dan tidak berdosa, jika ditinggalkan tidak berpahala dan tidak berdosa), tapi ada juga yang menganggap makruh (jika dilanggar tidak berdosa, jika ditinggalkan berpahala), sehingga banyak kiai dan santri perokok berat. Karena merokok, jika tidak mubah, ya makruh.

Tapi larangan keras dan tegas itu, tampaknya hanya berlaku di dua kota suci, Mekah dan Madinah. Di kota-kota Saudi Arabia lainnya, orang bebas saja merokok. Apalagi di Jeddah yang merupakan kota internasional. Tak heran jika muncul pameo,”jika ingin ibadah pergilah ke Mekah dan Madinah, jika ingin merokok pergilah ke Jeddah.”

Sebagai kota perdagangan, yang terbuka bagi berbagai bangsa dan agama (Mekah dan Madinah terlarang bagi non-Muslim), Jeddah benar-benar ”surga” bagi para perokok. Seorang jamaah umroh asal Jawa Barat, yang dua hari tinggal di Madinah, dan lima hari di Mekah, tampak kegirangan ketika tiba di Jeddah sebelum pulang ke tanah air.

”Di sini saya leluasa mengumbar kegemaran saya,” ia berkata sambil mengeluarkan bungkus rokok kretek, begitu duduk di bangku pertokoan ”Balad”. Selama di Mekah dan Madinah, rokok bawaan dari kampungnya, tersimpan rapat dalam kopor. Kepulan asap pun segera membumbung ke angkasa. Berpadu dengan asap-asap berbagai jenis rokok lain, yang sama-sama diisap para perokok lainnya. Suasana kuda leupas ti gedogan tampak di wajah-wajah para perokok itu.

Seorang ”askar” Masjidil Haram yang sempat ditanya mengenai larangan merokok di Mekah, apakah berkaitan dengan status Mekah sebagai kota suci, atau karena rokok membahayakan kesehatan?

”Kedua-duanya,”jawab ”askar” yang bertugas di dekat istana raja tersebut. Ketika ditanya, mengapa di Jeddah, diperbolehkan, ia menjawab sambil tersenyum la a’lam (saya tidak tahu).

Terlepas dari ”kerancuan” larangan merokok, yang seolah-olah hanya berlaku di Mekah dan Madinah, ketiadaan orang merokok di sekitar Masjidil Haram dan Masjid Nabawi, sungguh menyenangkan. Terutama bagi orang-orang bukan perokok. Tak ada tercium bau sengak nikotin. Tak ada kepulan asap yang mengganggu pernapasan. Tak ada bahaya yang mengancam kesehatan jantung dan paru-paru. Sebab tidak merokok pun, apabila berdekatan dengan orang-orang yang merokok, sama-sama mendapat bahaya melalui kepulan asap di udara. Asap rokok mengandung nikotin itu, menurut para pakar kesehatan, juga berperan sebagai medium untuk menyebarkan bibit penyakit menular.

Kebiasaan merokok di kalangan orang Indonesia, telah menelan korban nyata di Mekah dan Madinah. Bukan korban jiwa. Melainkan korban pemutusan hubungan kerja (PHK). Tak ada lagi tenaga kerja Indonesia (TKI) yang terpakai di projek-projek besar Kerajaan Saudi Arabia. Semuanya sudah digantikan oleh tenaga-tenaga kerja dari Bangladesh, Pakistan, Nigeria atau Mesir.

”Para TKI rata-rata doyan merokok. Baru setengah jam bekerja, minta istirahat. Ternyata ngumpet di belakang, untuk mengisap rokok,” kata seorang pekerja asal Bangladesh yang menjadi buruh kasar di projek pembangunan hotel bertaraf internasional di seberang selatan Masjidil Haram. Padahal projek-projek semacam itu, hampir selalu ada di Saudi Arabia. Termasuk proyek pemugaran lokasi ”Jamarat” di Mina, yang mempekerjakan ribuan orang buruh kasar dari berbagai negara, kecuali Indonesia. Pasalnya, hanya karena rokok saja.***

Penulis, wartawan senior

Sumber: Pikiran Rakyat.